Khamis, 28 Julai 2011

Petua Hilangkan Parut

Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua di bawah ini:

1) Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat. Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari atau sehingga parut hilang.

2) Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.

3) Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari hingga parut hilang.

4) Ambil daun pegaga bersama akarnya dan cuci hingga bersih. Giling hingga lumat dan satukan bersama sedikit bedak sejuk dan air. Lumurkan pada bahagian kulit yang berparut sebelum masuk tidur. Amalkan selalu.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...