Jam sudah pun menunjukkan pukul tujuh pagi. Kamal masih lagi berdengkur. Ibunya pun segera mengejutkannya untuk ke sekolah.
Ibu: Kamal…Kamal…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Ibu: Kamal…Kamal…bangun nak, pergi sekolah, nanti kamu terlambat.
Kamal: Alah mak… Kamal tidak mahu pergi ke sekolah!
Ibu: Apa? Tidak mahu pergi sekolah?! Baik…Kamal berikan emak dua sebab mengapa Kamal tidak mahu ke sekolah.
Kamal: Semua murid-murid tak suka Kamal. Guru-guru di sekolah pun tak suka pada Kamal!
Ibu: Itu bukan alasan bagi Kamal untuk tidak ke sekolah. Cepat, bangun sekarang!”
Kamal: Baiklah, sekarang emak pula berikan Kamal dua sebab mengapa Kamal mesti pergi ke sekolah.
Ibu: Eh…eh…bertuah punya anak! Kamal dengar baik-baik…. Pertama: Kamal sudah berusia lima puluh tahun….. Kedua: Kamal kan PENGETUA SEKOLAH….!!!”