
1. Potong pokok pisang dan batang yang tertinggal itu dibuat lubang di atasnya seperti tempurung. Pagi-pagi esoknya bubuh bair yang betul-betul sejuk ke dalam lubang itu dan dibiarkan beberapa minit.Kemudian terus ambil air dari lubang itu dan digosokkan ke atas kepala yang botak.Buatlah sedemikian setiap hari.
2. Apa yang anda perlukan untuk melebatkan rambut ialah pati santan dari sebiji kelapa. Pati santan kelapa adalah bahan penting dalam usaha untuk melebatkan rambut secara tradisional. Basahkan rambut anda dahulu dan lumurkan pati santan ke kesluruhan kepala sehingga ke akar rambut. Bungkus kepala dengan tuala bersih dan kering selama setengah jam. Kemudian bilas keseluruhan kepala anda dengan air suam.Amalkan petua ini 2-3 kali seminggu.
3. Sapukan minyak bijan di akar rambut / kulit kepala sebelum tidur. Paginya, bersyampu dan bilaslah rambut seperti biasa. p/s : anda boleh dapatkan minyak bijan di kedai mamak.
4. Daun lidah buaya digunakan bersama daun bunga raya putih untuk dijadikan resipi bagi mengurangkan rambut gugur. Kalau tak ada daun lidah buaya, gunalah daun bunga raya putih sahaja. Itupun sudah memadai.
5. Ambil sedikit daun inai. Tumbuk hingga halus dan campurkan sedikit air asam jawa. Cuci rambut hingga bersih dan bilas dengan air daun inai tadi sambil memicitkan kepala. Biarkan selama setengah jam. Kemudian bilas rambut sampai bersih. Amalakan seminggu 2 kali, Insyalah , anda tidak akan mengalami masalah keguguran rambut.
6. Ambil beberapa helai daun rambutan yang muda, kemudian bersihkan. Ramaskan daun itu bersama air sehingga keluar lendirnya. Kemudian sapukan lendir itu pada rambut. Biarkan selama 20 minat, selepas itu bilas dengan air bersih, Lakukan 2 hari sekali dan nikmati hasil.