Selasa, 26 Julai 2011

Tip Diet Secara Tetap.

1.     Makan ketika lapar berhenti apabila kenyang.
2.     Jika anda tidak lapar makan sekadar untuk menguyah, pastikan anda menikmati setiap kunyahan agar cepat merasa kenyang.
3.     Jangan menghukum diri anda untuk kurus dan yakin anda boleh menjadi langsing.
4.     Jika marah, sedih,takut atau bimbang jangan makan.Apabila anda makan ketika emosi seperti ini,kemungkinan anda mengalami obesiti.Kuasai emosi anda.
5.     Berhenti mengharap perkara-perkara yang akan mengubah anda supaya merasa lebih baik.Sebaliknya, anda perlu berusaha untuk mendapatkan suatu yang anda inginkan.
6.     Apabila anda fikir usaha anda telah gagal , cuba tulis pada kertas setiap makanan yang sudah dimakan dan baca apa yang telah anda tulis.
7.     Cepat sedarkan diri anda apabila anda makan tanpa lapar kerana ia boleh menambahkan lagi berat badan anda.
8.     Walaupun anda telah melakukan pelbagai program diet tetapi berat badan tidak turun. Ini bukan bererti anda tidak berusaha. Sebaliknya anda telah melakukan yang tebaik.
9.     Jangan sesekali menyerah kalah untuk menurunkan berat badan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...