Sabtu, 30 Julai 2011

Khasiat Ubi Bit Merah


Dikatakan Akar ubi bit merah sering digunakan oleh orang-orang China dan Eropah zaman dahulu kerana mereka percaya mengamalkan dalam pemakanan setiap hari akan memberi tenaga badan dan penjagaan kesihatan yang maksimum.Antara khasiatnya..
1. Sel pigmen merah dalam beet didapati berkesan dapat bertindak sebagai agen anti kanser
2. Mengandungi karbohidrat, protein dan lemak untuk tenaga
3. Mengandungi khasiat vitamin seperti A, B1, B2, B6, B12 dan C untuk membina kesihatan tubuh dan kecantikan kulit.
4. Mengandungi kumpulan sel ‘Betaine’ yg sgt berkesan membantu fungsi hati
5. Terdapat khasiat Beta-Carotena dan Karatenoid yg merupakan anti-oksiden
6. Terdapat pelbagai sumber galian dan gula asli di mana secara saintifik dapat membantu membina darah dan kesihatan jantung
7. Membuang toksik dalam badan

Khasiat Minyak Kelapa Dara


1 - Melegakan pernafasan – mencairkan kahak dan membersihkan laluan pernafasan dan kerongkong

2 - Melawaskan pembuangan air besar dan kecil – menyelesaikan masalah sembelit dan kencing tidak lawas serta membuang toksn melalui najis.

3 - Meningkatkan kadar metabolisma pada seluruh sel tubuh – Minyak kelapa dara akan diserap terus sebagai komponen tenaga dalam badan – badan anda akan terasa lebih bertenaga

4 - Di dalam usus kecil dan besar ia memusnah organisma perosak, seperti virus, bakteria, kulat dan protozoa (cacing). Dengan nya penghadaman mencapai tahap maksimum.

5 - Mengurangkan keadaan mudah lapar – bila penghadaman mencapai tahap maksima tubuh mendapat lebih khasiat dan tenaga.

6 - Oleh itu berat badan terkawal – tidak perlu makan banyak dan kerap

7 - Mengurangkan kandungan lemak badan – berat badan turun mengikut kesesuaian tubuh badan seseorang.

8 - Tidak mudah mendapat jangkitan penyakit – dengan bertambah kuatnya sistem kekebalan tubuh.

9 - Mengurangkan kelekitan platelet darah – kelekitan platelet adalah faktor penyumbang kepada pembentukan plak pada saluran darah.

10- Mengurangkan risiko serangan sakit jantung dan darah tinggi – mengelakkan terbentuknya plak pada saluran darah terutama saluran yang berhubungan dengan jantung.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...